Google+ Followers

Kepentingan bulu ketiak

Published On :)

Anderson Cancer Center menyimpulkan bahawa wanita yang mencukur bulu ketiaknya adalah 10 kali lebih terdedah terhadap kanser  payudara jika dibandingkan dengan wanita yang membiarkan bulu ketiaknya tumbuh seada nya.
Dr. Therese Bevers dari M.D. Anderson berkata, dengan mencukur bulu ketiak, di ketiak akan timbul banyak luka yang tak kelihatan oleh mata  serta pori-pori di daerah ketiak akan membesar. Ini memungkinkan toxin dan zat kimia daripada pelbagai jenis  produk seperti deodorant, bedak, dan krim akan dengan mudah memasuki kulit melalui luka dan pori pori besar itu.
Deodorant antiperspirant akan menambah mudah toxin masuk ke dalam kulit, kerana antiperspirant mencegah pengeluaran keringat yang boleh membantu melunturkan toxin yang masuk. Toxin yang masuk itu akan berkumpul tertimbun pada payudara, dan akhirnya akan menyebabkan timbulnya kanser.
Bevers menjelaskan bahwa bulu ketiak memang berguna untuk melindungi ketiak dari zat racun yang hendak masuk dari luar tubuh, kerana di ketiak terdapat kelenjar limfa yang memudahkan kegiatan pemindahan racun racun terutama ke payudara dan bahagian tubuh yang lain nya.
Kemungkinan untuk pemindahan toxin ke bahagian tubuh yang lain juga ada, sehinggakan jika memang ke-tidak-ada-an bulu ketiak juga memudahkan tumbuhnya kanser  dibahagian tubuh lain seperti paru-paru, jantung, dan otak, terutama apabila di payudara nya sudah tumbuh kanser. Bagi  wanita yang kurang menjaga kebersihan nya, ke-tiada-an bulu ketiak juga memungkinkan bakteria dan kuman berkumpul  di pori-pori dan memudahkan timbulnya bisul di bawah ketiak.
Kesimpulan adalah  hubungan antara kanser dan mencukur bulu ketiak ini diperoleh dari pendataan terhadap wanita wanita di Amerika Serikat dan Eropah selama 10 tahun terakhir. American Cancer Society mencatatkan bahawa pada tahun 2002 sahaja timbul 175 000 kes baru kanser payudara ganas di Amerika Serikat, dan mengakibatkan terjadi nya 43 000 kematian kerana kanser payudara. Lebih lanjut, Bevers mengemukakan bahawa setiap rambut yang tumbuh pada tubuh kita memang dapat menjaga organ tubuh vital yang ada berdekatannya.  Sebenarnya, dengan membiarkan bulu ketiak tumbuh dapat melindungi bahagian tubuh kita yang amat penting iaitu, payudara.
Lelaki terbukti jauh lebih selamat terhadap ancaman bahaya ini kerana kebanyakan lelaki  tidak mencukur bulu ketiaknya. Ketika ditanya apakah menghilangkan bulu ketiak dengan cara lain seperti waxes dan mencabutnya juga meningkatkan risiko yang sama terhadap kanser, Bevers menjawab memang membuang bulu ketiak dengan mencukurnya adalah paling berbahaya kerana kemungkinan timbulnya luka-luka minor lebih besar. Namun begitu, dengan menghilangkan bulu ketiak dengan kaedah lain akan juga memperbesarkan pori-pori jauh lebih besar daripada mencukur.
Bevers menyarankan agar wanita tidak perlu mencukur bulu ketiaknya kerana bahayanya sangat besar jika dibandingkan dengan manfaatnya.
Dia pun terkejut badak

#Erk..!!! kalau tak buang geli kot, serabai semacam je, tak pasal-pasal suami korang lari lintang pukang tak cukup tanah. Kebersihan diri itu haruslah dijaga.. :)
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.