Bahasa jiwa bangsa

Published On :)
Sumber : google

Kali ni aku nak buat entri tentang "Bahasa Jiwa Bangsa". Kata orang bahasa itu melambangkan jiwa bangsa. Kalau tidak ada bahasa, kita mungkin sukar untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Bayangkan kalau kita hanya ada bahasa isyarat.. Agak-agak korang komunikasi yang berlaku antara kamu dan saya berkesan tak? aku rasa kurang berkesan sebab kemungkinan apa yang aku sampaikan akan disalah tafsir. Ha.. kan timbul masalah nanti. Silap-silap bertumbuklah jawabnya.

Korang semua tau tak yang bahasa melayu adalah bahasa paling mudah untuk dipelajari? Tak percaya..? Kalau korang tak percaya, cuba korang perhatikan pendatang asing yang masuk ke negara kita. Tak kiralah dorang PATI atau bukan. Pendatang asing yang masuk ke negara kita hanya mengambil masa beberapa bulan untuk fasih berbahasa melayu. Paling cepat 3 bulan dorang sudah pandai cakap dalam bahasa melayu.

Korang bangga tak dengan bahasa melayu? Aku sangat berbangga dengan bahasa melayu. Dulu, Aku ada ikut satu program sukarelawan "BorneoProject bersama pelajar  Universiti Waseda Jepun". Pelajar Jepun yang datang ke Sabah masa tuh sibuk blajar bahasa melayu. Bila aku dan dorang bersembang dan bertukar pendapat, dorang cakap bahasa melayu sangat mudah untuk difahami dan dipelajari.

Bagi aku, kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga dengan bahasa melayu, Kalau bukan kita yang memartabatkan bahasa kita, siapa lagi. Dan sudah pasti orang lain tidak akan berbangga dengan bahasa kita sebab mereka jiga ada bahasa mereka sendiri.
"Bahasa Jiwa Bangsa"


Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.