Google+ Followers

Follower atau Trafik : mana lagi penting...?

Published On :)

Hamboi... syoknye korang mengiring. TQ.. TQ.. Toce..Toce.. Terima kasih semua sebab sudi mengiring bersama ketam batu. Mr. ketam sayang korang sebab korang setia mengiring ke blog ketam batu yang tak seberapa ni. Yang ada dalam ni hanyalah carutan si ketam batu... Kalau ada input yang berguna korang bolehlah amalkan, tapi kalau input yang negetif tu, "sendiri mau ingatlah k".. Bak kata orang, nikmat yang dikecapi bersama, jika membuahkan hasil jangan lepas tangan k. hehehe..

Entri kali ni ketam batu nak cerita tentang follower atau trafik, mana lebih penting..??? Eh.. jap, sebelum tuh, korang tau ke apa itu follower dan apa itu trafik..? Ok... memandangkan follower Mr ketam kebanyakannya adalah bloggers baru, so Mr ketam dengan rasa rendah hati nak terangkan pada korang apa itu follower, dan apa itu trafik..

"Follower" dalam bahasa melayu ialah pengikut. Dalam dunia blogging, follower adalah orang yang mengikut perkembangan blog kita. Tak kiralah sama ada dia pengikut pasif atau pengikut aktif. Maksudnya disini, follower pasif ialah orang yang sekadar klik "button follow" dan sebulan sekali baru dia mengiring ke blog kita. Manakala follower aktif ialah orang yang sentiasa ikut perkembangan kita. Atleast, seminggu sekali sudah memadai..

"Trafik.. dalam bahasa inggeris dan melayu ianya tetap trafik. Tapi, dengan erti kata lain trafik ialah lalu lintas. Apa pentingnya trafik kepada blog kita..? Dengan adanya trafik yang tinggi, segala entri atau keyword yang ada di dalam blog kita lebih memudahkan mesin pencari @ search engine. Ermm.. korang paham tak maksudnya. Ok... kalau korang masih tak paham, korang taip keyword "mengiring bersama" di googe search. Ketam batu harap korang lebih paham bila buat secara praktikal..

Secara peribadi, ketam batu lebih suka kepada trafik dan trafik adalah amat penting bagi sesebuah blog. Namun begitu, tanpa follower, kebarangkalian untuk trafik blog korang naik adalah kurang dan ianya akan menjejaskan prestasi blog korang. Jadi.. follower dan trafik adalah 2 perkara yang berbeza tetapi mempunyai fungsi dan hubungkait yang sangat rapat.

Kesimpulannya... follower dan trafik adalah sama penting walaupun ianya adalah 2 perkara yang berbeza. Tanpa follower, blog korang tidak akan mendapat trafik yang tinggi, dan tanpa trafik juga blog korang tidak akan mendapat ramai follower. 

Mr ketam ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab korang setia mengiring bersama ketam batu...

Terima kasih...
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.