Google+ Followers

Salah siapa...?

Published On :)


Aishhh... pansa salah, hujan pun salah. Manusia... begitulah sikapnya, selalu merungut dan mengeluh bila dapat sesuatu. Jarang sekali kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Bila dapat kebaikan, kita terus leka. Bila di beri kesusahan barulah mengingati sang pencipta.

Korang tahu tak kenapa dunia semakin panas..? Ada orang cakap sebab hutan semakin banyak di tebang, Ada pula yang cakap sebab semua tu tanda-tanda akhir zaman, Lepas tu ada pulak yang cakap Tuhan sengaja bagi ujian pada hamba-Nya. Apa pun jawapannya, itu adalah pandangan masing-masing.

Ada pulak yang cakap dunia semakin panas sebab semakin perempuan pakai seksi-seksi. Perempuan banyak buat dosa.. Hamboi... korang suke-suke jerk cakap macam tuh eh. Habis tuh, yang laki tak buat dosa ke? Macamlah kau tuh lelaki suci.. Confirm masuk syurga....Demm....!!!

Ha.. ni lagi satu perangai manusia. Time senang.. time seronok.. time mengecapi nikmat bersama semua orang suka. Siap bangga dengan diri sendiri sampai canang seluruh pelusuk dunia. Tapi... bila time susah, time menanggung derita semua orang buat haluan masing-masing. Seorang pun tak tau kemana dorang menghilang.  
Jangan macam tu k... kita mesti terima hakikat yang kita manusia tidak sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. Apa yang lebih kita teruskan untuk maju kehadapan. Apa yang kurang kita perbaiki dan saling menerima apa kelemahan orang lain.


Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.