Google+ Followers

Disinilah permulaannya...

Published On :)

Aku baru jer nak mula berjinak-jinak ngan dunia blogging, Nak cakap pandai sangat takde lah, tapi ilmu asas tu adalah sikit. Tak banyak... sikit jer yang aku ada. Banyak lagi yang aku perlu belajar untuk jadi otaimer dalam dunia blogging. 

Bagi aku, blogging lagi "best" dari online facebook, mysape, tagged atau friendster..Ini cuma pendapat aku, pendapat korang, korang leh tinggalkan di ruang komen yer. Jadi tak hairanlah kalau setiap hari pasti  blogger-blogger baru yang mula bertapak dalam dunia bogging. 

Dah lama dah aku terfikir nak buat tutorial blogspot dalam blog aku nih, Tapi aku segan... sebab, aku pun baru dalam dunia blogging. Orang tua-tua cakap, malu biar bertempat. Jangan tunjuk 'kemaluan' kat tempat yang salah. Kalau tunjuk kemaluan kat tempat yang salah, Ape pun tak buleh...

Mana taknye, cube korang bayangkan, Kalau malu bertanya mesti sesatkan. Korang faham tak maksud aku? meh sini duk rapat-rapat... biar aku jelaskan kat korang semua. Korang dari JB nak pegi KL, time tu first time korang bawak kete nak ke KL, maybe korang leh guna "signbord" sebagai pemandu arah. And then, bila sampai di KL korang nak cari rumah kawan... Ha.. time tu baru mula mengelabah, sebabnye takde "signbord". Kalau korang malu nak bertanye ngan orang sekeliling, dah tentu confirm paling tidak 4 5 jam korang sesat kat KL tuh. Kalau 4 - 5 jam xpe lah jugak, macam mana kalau sampai-sampai langsung tak jumpa... Haaa..... kan dah jadi kes berat, penat jer pusing-pusing. minyak kerete mahal pulak tuh. That whylah aku cakap jangan letak "kemaluan" di tempat yang salah.

Kali ini aku terpanggil oleh Kak Lang untuk mengajar dia cara menukar template blog. Buat permulaan, pemilihan template adalah amat penting. Boleh dikatakan ia adalah asas untuk menghansilkan blog yang baik ( selain buah fikiran yang ada dalam blog ). Sebabnya... template yang bersesuaian dengan entri dalam blog mampu mempengaruhi pengunjung datang secara berulang kali.

Kalau template kita menarik, sudah pasti mata yang memandang akan lebih cepat "tangkap" dan blog kita mudah di ingat oleh pengunjung. Secara tak langsung, berkemungkinan besar pengunjung lebih tertarik untuk menjadi "follower" anda. Bak kata orang, blog tanpa "follower" kuranglah serinya.
Sekian saja carutan si ketam batu....

Nak Tahu cara tukar template "klik sini"
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.