Google+ Followers

Korang Pernah Main benda ni tak?

Published On :)

Wah... senyum-senyum korang mengiring kesini yer. Macam tu lah... kita kan kawan, walau hakikatnya aku tak kenal korang dan korang tak kenal aku, aku tetap anggap "followers" sebagai kawan. Tanpa "followers", blog aku ibarat tak berseri. Koranglah penyeri blog aku... LoL... ( Lot of Love  )

Korang masih ingat lagi tak mainan yang ade kat dalam kotak tuh? hehehe.. dulu mase kecik-kecik, mesti korang menangis guling-guling sebab nak kan benda tuh. Bile korang dah dapat, korang tak ingat dunia.. Kadang-kadang time tidur pun korang bawah.
Yang paling best dalam kotak tuh ada biskut coklat. Korang masih ingat lagi tak yang coklat tuh memang sedap dimakan. Time aku kecik-kecik dulu tora ni dalam harga RM1 (singgit). DING DANG pulak dalam 60sen. Murah kan time tuh? tapi skrang dah x dapat harga macam dulu. Aku sendiri tak pasti brapa harga tora skrang ni. 

Aku teringin gak nak beli tora, sebab dah rindu sangat nak tengok permaian yang ada kat dalam tuh. Tapi skarang nak beli malu. Sebab aku dah besar. kalau aku suruh adik aku yang pegi beli, adui... terasa besar pulak kemaluan aku.

Kesimpulannyer... zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling seronok. Time tuh kita tak pernah pikir tentang kerja, kawen, atau macam mana nak cari duit. Yang hanya ada dalam kepala kita time tuh makan, tidur, dan main. Time tuh semua benda adalah permainan... Time tuh kita semua hepi.. sebab tak perlu fikir tentang masalah.  Aku rindukan zaman kanak-kanak aku....
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.